[KIRAAN SEMASA] PRN Melaka: Calon muda PH di Klebang, Kuala Linggi ketinggalan

MELAKA - Keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menunjukkan dua calon muda Pakatan Harapan (PH), Mukhlis Mubin di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi dan Farzana Hayani Mohd Nasir di Klebang ketinggalan dalam persaingan merebut kerusi masing-masing.

Di Kuala Linggi, Mukhlis memperoleh 2,722 undi dan berada di kedudukan kedua di belakang calon Barisan Nasional (BN), Datuk Rosli Abdullah yang memperoleh 7,379 undi manakala calon Bersama, Dr Nur Farhana Hamzah pula mendapat 425 undi.

Sementara itu, di Klebang, calon BN, Datuk Lim Ban Hong yang juga Pengerusi MCA mendahului tiga pencabar lain.

Beliau peroleh 9,755 undi diikuti calon PH, Farzana Hayani dengan 4,421 undi, manakala calon Bersatu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad memperoleh 740 undi dan calon Bersama, Young Jie Yu dengan 617 undi.

Pada PRN lalu, Lim Ban Hong yang juga penyandang kerusi berkenaan menang dengan majoriti 876 undi.

Bagaimanapun, setakat jam 8.20 malam, selepas 41 daripada 51 saluran selesai dikira, beliau mencatat majoriti sementara sebanyak 5,792 undi.